Monday, September 22, 2014

TIPS UNTUK BERDIET

Assalamualikum awak-awak :3
today i would like share about tips for diet :D banyak ja cara untuk berdiet,asalkan caranya betul dan tidak memyiksakan diri anda,Berikut merupakan tips-tips yang saya boleh berkongsi dengan anda,btw saya pun sedang berdiet :p (berat makin betambah) :( .. sume tak suke lemak kan?
so,Lets start with this step :3 any idea for sharing?,just comment :)

1. Sarapan pagi
    Menurut kajian sesiapa yang tidak mengambil sarapan pagi, lebih cenderung untuk mengalami masalah kegemukkan , ini kerana pengambilan sarapan pagi mampu menstabilkan hormone dan paras gula dalam tubuh badan kita supaya kadar metabolisme meningkat untuk membakar kalori,

contoh:
1. Semangkuk oat dan nescafe
2. 2 biji telur separuh masak dan secawan kopi
3. 2 keping roti bakar dan jem serta susu rendah lemak
4. 2 keping roti bersama inti (tuna+timun+salad) serta air soya

2. Pengambilan air mineral yang mencukupi
Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air sehari,ini kerana air bertindak sebagai penghadaman,penyerapan pengangkutan zat ,perkumuhan,pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak.Air mampu mengurangkan selera makan seseorang,sebelum makan sekiranya anda minum air dengan kuantiti yang banyak nescaya anda tidak akan mampu makan dengan banyak.

3. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah minuman yang pahit atau kumur beberapa saat sebelum makan kerana minuman yang pahit akan menyebabkan tekak merasa pahit,oleh itu ia akan menghantar isyarat melalui otak bagi mengalakan rembesan enzim dan asid HCL.Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut menyebabkan ketidakcekapan proses penghadaman.

contoh:
1. kopi
2. Nescafe

4. Bersenam
Tukarkan gaya hidup aktif,Bersenamlah sekiranya anda mempunyai masa terluang,sekurang-kurangnya 30 minit.Bersenam bukan sahaja boleh menurunkan berat badan,malah bersenam juga mampu menyihatkan tubuh badan,iaitu mampu mengalirkan darah dengan lancar,Sekiranya anda seorang yang sibuk dengan kerjaya anda boleh juga bersenam di dalam kawasan rumah (yang tidak melibatkan ruang besar)

contoh:
1. skipping
2. Bangkit tubi (sit-up) dan tekan tubi (push-up)
3. Berbasikal
4. Naik turun tangga
5. jogging

5. Jangan Berlapar
Makanan berfungsi sebagai tenaga,sekiranya seseorang berlapar,maka tubuh akan mula membakar muscle (otot) untuk mengantikan makanan,ini menyebabkan kadar metabolisme badan menjadi rendah.Kebiasaannya seseorang yang terlalu lapar pasti akan mengambil kuantiti makanan dengan banyak.oleh itu setiap individu yang berdiet seharusnya makan pada pagi,tengahari dan malam.

Contoh menu Tengahari:
1. 1/2 mangkuk pasta
2. 1/2 senduk nasi + 1/2 ikan masak halia (kukus) + 1/2 senduk sayur campur
3. 1/2 cawan makaroni goreng
4. 1/2 senduk nasi + ayam masak merah + sup sayur
5. 1 mangkuk mee wantan

Contoh menu malam:
1. 1 ketul pau kukus + susu rendah lemak
2. 1 cawan yogurt asli
3. 1 biji jagung rebus
4. 1 mangkuk rojak buah
5. semangkuk tau fu fa
6. 5 keping biskut dan secawan teh o panas

6. Makan secara perlahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan serta tidak gelojoh,ini kerana bukan sahaja mengelakan seseorang tercekik malah apabila seseorang makan secara perlahan tubuh akan menghantar isyarat  menunjukkan kepuasan,

Sampai di sini sahaja coretan pada kali ini,sekiranya anda ada idea,comment aja :) so we can sharing ^_^ , Jum Berdiet! :D

No comments:

Post a Comment